29 July 2012

Rindu Berblog

Salam semua...rindunya ibu nak bw kat blog2 korang.
Nampak pic Mozilla kat atas tu.Disebabkan mozilla nielah laptop ibu asyik "not respon"je.
Sekarang nie ibu   guna chrome pula  minta2 oklah.
Dah rindu sangat dah nk terjah blog korang.
Tadi inbox kat Adik Apit dia kata "akk guna je chrome"apa lagi ibu pun terus guna,ok jugalh.
Dah hilang "not respon"nye.
Susah betul hati ibu bila jadi cam ni.
Sape2 yang ada cara yang lebih baik lagi jangan malu2 kongsi ye.
oklah...ibu nak terjsah2 jap..:)

23 July 2012

Projek Kembar

Salam semua,hari ke3 berpuasa.Masih ok.
Nie nak citer tentang kembar{anak ibulah}asal ibu kat dapur je mulalah program diorang.
Program apa??Main gamelah,tak jemu2.
 Dahlah main game tv tetap pasang tak boleh tutup upin ipin.
Ibu tak tolong pasangkan diorang buat sendiri,kadang2 pening melayan si kembar nie.
Anak2 sekali tengok kita on off internet dari situ diorang dah belajar.
Asal line laju ibu bz kat dapur mulalah projek diorang.
Sebab berdua,lagi laju projeknya belum berempat.
Adoi.
Anak2 makin membesar lagi banyak cabaran untuk ibu n ayah.
Melayan kerenah diorang yang tak habis2.
Pantang di tegur,marah sikit dah merajuk.Bukan anak pompuan je pandai merajuk anak lelaki lagi kuat merajuk.

22 July 2012

Juadah Puasa(First Day)

Salam Ramadhan semua.
Pic kat atas tulah menu berbuka ibu semalam.
Penuh satu talam.
Pic tak berapa nak jelaskan,telefon ibu minta beli yang baru agaknya.
Apa yang ada dalam talam tu.
Menu2nya:
Bihun goreng,kue teow goreng,ikan masak kicap{kembar punya}
Daging masak kicap,sambal tumis terung pipit,ikan sepat kering{my hubby}
Ibu buah kurma and ulam timun jer.
Hari nie tengah fikir2 nak masak apa,nak yang simple2 je.
Air tak sempat nak snap.
Air laici.

21 July 2012

Hadiah Dari Akak Nur Qaseiy

Salam..:)
Cantik tak...
Cantikkan,ibu dapat nie dari rakan fb ibu.
Dia buat sendri tahu.
Dua angry bird warna biru and merah dah jadi milik si kembar.
Diorang gantung kat beg sekolah.
Kata kembar boleh tunjuk kat cikgu and kawan2 bukan main suka lagi diorang.
Akk Nur nie pandai cukup kreatif macam lagi ada.
Jom ke Page Akk Nur.
 Nak tegok hasil2 kreatif Akk Nur.
Klik je banner kat atas tu.
Kalau suka bolehlah buat tempahan.
Ibu dapat free je tanda sahabat dari Akk Nur.

Hadiah Dah Sampai

Salam semua,permulaan puasa kembar ibu dah tak tahan.
Pagi2 lagi grill rumah dah kena ketok,panic sape pula pagi2 nie,mood malas nak buka.
Ketok lagi dengan malasnya buka pintu rupa2nya abg posmen hantar barang.
Barangnya kat atas tu,massage mask.
Ibu menang GA dari blog 
http:ww.anisempoi.com/
Rezeki ibu di permulaan puasa,alhamdulillah.

20 July 2012

Syoknya Puasa

Salam semua friend2 ibu kat alam maya nie.
Malam nie pengumuman esok my be dah puasa.
Kesempatan nie 
Ibu nak ucapkan "SELAMAT BERPUASA" untuk semua.
Ibu harap puasa tahun nie lebih
baik dan lebih sempurna dari tahun2 sebelumnya.
Amin..:)
Tak sabar tunggu ketibaan Ramadhan.Bila ianya datang sambutlah dengan senyuman.
Dan perbanyakkanlah ibadah.

18 July 2012

Cendol and Rojak

Petang semalam bawa mak jalan2,pusing2 bangi dalam pusing2 perut dah berbunyi apa lagi terus singgah
gerai terdekat yang ada ABC{ais batu campur}n cendol je.
Apa lagi terus order.
Makan ada rojak tapi bukan rojak buah,kalau kat kedah panggil pasembor.
Kalau kat perak depa panggil mee rojak.
My mak mertua,bapa mertua n my hubby cukup suka.
Ibu pun layan jelah,janji perut kenyang.
Nielah rupa mee rojak tu.
Layan...:)

Sedih...Blind Oh Blind

Salam semua.
Pagi2 dah update nie bukannya apa nak minta tolong dan pendapat korang.
Dalam bulan lepas ibu ada daftar Blind cam pic kat atas tu.
Ibu pun sibuk dok promote and suruh orang klik2lh.
Yang buatkan ibu sedih nie,semalam sign in je ke Blind terus terkejut tengok Rm0.00 :(
Kenapa jadi cam nie,sebelum nie adalah dalam RM17 taklah banyak,
Tapi kenapa boleh jadi RM0.00 pula,menipu ke apa???
Risau pula Say and Churp2 pun cam tu nanti...
Siapa2 yang boleh tolong tinggalkan komen ye.
Cuma nak tahu apa sebabnya.
Tolong ye..

16 July 2012

Air Tangan Suami

Lama betul tak updatekan.
Korang2 rindu tak kat ibu..hikhikhik
Line nie jap je elok asyik buat perangai je.
Korang pakai brodband apa laju tak,kalau laju bolehlah kongsi,ibu tak nak pkai celcom lagi.
Hari nie ibu tak berapa sihat,demam selsema cikit je.
Teringin pula nak makan sandwish,cam pic kat atas tu..
Boleh tahan sedapnya,my hubby yang buatkan.
Time sakit nielah nak manja2 sikit..ha3{yelh tu manja}
Dalam demam2 nie semua teringin,Sandwish nie sempoi je,pukul telur campur lada sulah
potong bawang,masukkan perasa sikit, tambah sikit sos cili itulah resepi my hubby.
Ibu cukup suka korang tak tahulahkan.

13 July 2012

Laksa{ala kurang pedas+cili api}

{baru pagi nie dapat makan}
Sape suka makan laksa,angkat kaki...hikhikik gurau2 je.
Hari nie awal2 pagi dah masuk dapur nak siapkan laksa.
Teringin dari semalam lagi pagi nie mulalah operasi,tapi terkureng pedas pula.
Tu pasal ibu letak cili banyak cikit,satu suap laksa gigit cili cikit baru best.
Berapi cikit,hahaha...
Hiasan kureng cantik,tak sabar2 nak merasa.
Puas dapat makan,bila buat sendiri berulang2 kali boleh makan tapi kalau beli sekali jelah.
Hari nie saja dah 5 kali ibu dah makan,hubby pandang je.{tersenyum tengok gelagat ibu}
Biarlah janji hasrat tertunai.
 Baru dapat update line tenet tengah merajuk.
Ibu pun kena banyak2 sabar,nak bw pun tak dapat mana yang sempat je.
 

09 July 2012

Rindu Blog2Ku

Assalammualaikum...
Baru boleh tersenyum sikit,baru boleh nak update blog.
Dah 3 hari line semput semacam jer,ibu pun angin jer satu badan.
Tapi petang nie alhamdulillah line dah ok ,apa lg sempatlah bw2 jap,biasalah dah rindu kat teman2 alam maya.
Sape2 yang dah follow dah bw kat blog ibu tunggu ibu terjah malam nie.
Mood dah elok,harap2 esok dan hari2 seterusnya line bertambah2 elok.
~Senyum untuk korang semua~

~Tak sabar nak terjah blog korang ~

06 July 2012

Di mana Harus Ibu Cari

Dah 2minggu ibu mencari2 ulam nie tak juga ketemu.
Di manakah dikau wahai pegaga???
Puas mencari2 di pasar2,di kedai2 runcit
tetap tak ada...susah betul nak dapat sekarang nie,ibu dah teringin sangat nak makannya.
Bilalah boleh dapat,pening mencari.
 

05 July 2012

Jom Ke Blog Ke2 Ibu


Cantik tak header kat atas tu...
Cantikkan tulah blog Ke2 ibu yang bertemakan upin ipin.
Kenapa ibu pilih upin ipin,sebabnye si kembar ibu tu suka sangat dengan upin ipin nie.
So bila ibu menang ga hari tu terus suruh Cik Rose
Tolong editkan...cukup memuaskan hasil kerja Cik Rose nie.
Blog Pertama Ibu nie pun Cik Rose yang editkan,cantik sesuai dengan kehendak dan keinginan ibu.
Cik Rose nie cukup2 berbakat.Tq sangat2 untuk cik Rose.
So tinggu apa lagi jomlah terjah ke blog ke2 IBU NIE.
Klik jer header UPIN IPIN tu.
Dah terjah jangan lupa tinggalkan komen ye.
 


04 July 2012

Giveaway by Eiqa & Ain

Nak Join
Klik Banner
Tarikh Tutup: 27 Julai 2012

Ibu Tag
Izan Mama Mia
Cik Rose
IntanBerlian

Hadiah

Tak ada benda nak update petang2 nie
So ibu tunjukkan hadiah2 yang ibu dapat dari ga yang ibu join.
Tudung tu baru je sampai tengahari semalam dari ga Cik bunny.Pin Blogger tu dah lama dari
blog www.ecadwinkyasha,brooch putih tu dari Hot Mama
Last brooch dari blog Akmarwati baru sampai tengahari tadi.
Thank You pada u all.
Kalau ada buat ga or contest lagi jangan lupa invite ibu ye..:)

Segmen:Kembar saya!


Tarikh Lahir:27.8.1984
Bintang: Virgo
Jantina: Wanita

Nak Join
Klik Banner
Tarikh Tutup: 15 Julai 2012
{anak ibu pun kembar jg,ingatkn segmen untuk ank tp untuk ibu tetap join}

02 July 2012

:) sUkaNyer IbU

Buka2 aje blog terus bw tiba terpandang nie.

Pengumuman 21 Pemenang GA Izan Mama Mia & Rakan Blogger

ibu pun apa lagi terus cek manalah tahu terselit

Akhirnyer sangkut juga

 Edit Blog dari Smile Be Happy :-
65- http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/06/ga-izan-mama-mia-rakan-blogger.html
31- http://afiman81.blogspot.com/2012/06/ga-izan-mama-mia-rakan-blogger.html

Bestnye tak sabar2 nak tunggu Cik Rose edit blog ke2 Ibu

Memang hadiah nie pun yang Ibu tunggu.

Blog sekarang nie pun Cik Rose yang edit

Cukp berpuas hati.

Pinjam pic Mama

 

01 July 2012

>_< Kek Oh Kek

Nielah kek coklat Ibu.
Tak sempat nak hias cantik2 anak2 dah nak makan.
Nie  jerlah dapat snap 1 pic.
Anak2 Ibu kalau dapat jer kek coklat memang tak sabar2 nak makan.
Masak jer.sejuk sikit terus...gapppp..hik2.
Coklat2 Si kembar suka sangat,kalau perisa oren ke strawberi buat2 tak nampak jer.
Ibu suka masak kesukaan ank2 jer,nie kek kukus.
Kalau tak di hias tegok buruk sangat tak menarik lanhsungkan,
Tak pa lain kali ibu buat lagi,hias cantik2 ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...