07 October 2011

PeRhiAsAn BaGi LeLaKi

  • Kaum lelaki HARAM memakai GELANG sekalipun bukan diperbuat daripada emas, sama ada ianya diperbuat daripada perak, besi, tembaga, kayu atau sebagainya. Ini kerana gelang itu adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan, seperti juga rantai atau subang.
    Oleh yang demikian lelaki yang memakai gelang itu adalah perbuatan menyerupai perempuan. Hukum lelaki menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

    sebagaimana hadits daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, katanya:
    Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.”
    (Hadis riwayat al-Bukhari)

    Hadits di atas jelas menunjukkan bahawa Rasullullah Shallallahu àlaihi wasallam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
    Berdasarkan hadits tersebut, Imam Ibnu Hajar al-Haitami
    Rahimahullah berkata: “Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan antaranya ialah) dengan memakai perhiasan
    yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka seperti memakai gelang tangan, gelang kaki dan seumpama keduanya.”

    Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata: : “Dan daripada apa yang haram ialah gelang tangan dan gelang kaki untuk  dipakai oleh orang lelaki dan orang khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina).”

    Maka jelaslah bahawa kaum lelaki haram memakai gelang kerana ia adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan. Akan tetapi, bagaimana pula dalam situasi tertentu seperti memakai gelang ketika majlis perkahwinan atau memakainya kerana tujuan perubatan?

     sepertimana yang dikatakan oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al-
    Anshari Rahimahullahu Ta‘ala: “Dan bagi kaum lelaki (dibolehkan) memakai cincin perak kerana mengikut sunnah dan ijma‘ (keharusannya), bahkan disunatkan bagi kaum lelaki (memakai cincin perak), bukan memakai gelang dan yang seumpamannya seperti dumluj (gelang yang dipakai di antara siku dengan bahu) dan kalung (rantai).
    Tidak halal bagi kaum lelaki (memakainya) sekalipun daripada perak, kerana padanya ciri kewanitaan yang tidak layak dengan keperkasaan (kelakian) orang-orang lelaki.”

    Oleh itu jelaslah memakai gelang ketika majlis persandingan juga tidak dibolehkan dan hukumnya haram. Lelaki memakai gelang kerana tujuan perubatan Adapun memakai gelang dengan tujuan semata-mata berubat dan ia memang betul-betul ubat, maka tiadalah mengapa kerana ada keperluan dan hajat. Dalam perkara ini, ia boleh dilihat sebagai satu keuzuran sebagaimana persoalan orang lelaki dibolehkan memakai inai kerana keuzuran.

    Sehubungan dengan ini Imam ar-Ramli Rahimahullah berkata:
    “Maka haram berinai ke atas keduanya (orang lelaki dan khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina) kecuali kerana ada keuzuran.”

    Imam Asy-Syibramalissi Rahimahullah pula menjelaskan, skop pengecualian yang dikatakan oleh imam Ramli Rahimahullah di atas ialah apabila tidak ada selain inai yang dapat menggantikannya untuk dijadikan ubat.

    Apa yang penting ialah hendaklah memakai gelang itu dengan niat tujuan perubatan semata-mata dan ia memang betul-betul ubat, bukan dengan niat untuk bermegah-megah atau bergaya, maka yang demikian itu adalah haram. Apatah lagi dengan niat untuk bergaya semata-mata.

    Notes : Sekiranya terdapat kesilapan sila betulkn/berikan tunjuk ajar, krn tiap kelalaian dn kesilapan itu dr sy dn yg baik itu semuanya milik Allah.
    Sama2lah kita renungkn dn saling berkongsi ilmu utk kebaikan. - wallahu'alam.

0 KoRaNg TaHu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...