Assalamualaikum..
satu peringatan sebenarnya untuk muslimin dan muslimah semua
mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..
dan
selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..
macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?
mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya
tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita
cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
jagalah maruah diri sebagai seorang muslimin dan muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu
moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~
Showing posts with label HuKuM. Show all posts
Showing posts with label HuKuM. Show all posts
10 October 2011
07 October 2011
HuKuM wAniTa Ke MaSjiD Ke SuRaU
- Secara umumnya, ADALAH LEBIH UTAMA bg seseorang wanita SOLAT DIRUMAHNYA. Ini berdasarkn hadis riwayat Ummu Salamah bhw Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
"Sebaik2 masjid bg perempuan adalah kawasan dlm rumah2 mereka".
(Riwayat Ahmad, Nayl al-Authar)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda yg bermaksud;
"Seseorang wanita itu bersolat ditempat tidurnya lebih baik dr bersolat didlm biliknya. Dia bersolat didlm biliknya lebih baik dari bersolat didalam rumahnya. Dia bersolat didlm rumahnya lebih baik dr bersolat dimasjid".
(Riwayat Baihaqi dan disahihkn oleh al-Albani)
Namun TIDAK ADA LARANGAN utk kaum wanita pergi ke masjid apatah lagi utk mngikuti pengajian ilmu, mndengar ceramah dn sebagainya berdasarkn sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud;
"Apabila isteri2 kamu memohon izin utk ke masjid pd waktu mlm, hendaklah kamu izinkn".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maksud sabda baginda s.a.w. lagi:
"Jgnlah kamu menghalangi hamba Allah yg perempuan drpd pergi ke masjid Allah, dn hendaklah mereka keluar dgn tidak memakai bau-bauan".
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Menurut Dr. Soleh Fauzan, seorang ulama Saudi semasa ditnya mengenai hukum wanita ke masjid telah mndatangkn beberapa dalil yg mengHARUSknnya.
Antaranya ialah sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud;
"Sebaik2 saf bagi kaum lelaki ialah dihadapan dn seburuk-buruknya ialah dibelakang. Manakala sebaik2 saf kaum wanita ialah dibelakang dn seburuk2nya ialah dihadapan.
(Riwayat Muslim, Abu Daud dn Tirmizi)
Hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w. kpd kaum muslimin ketika mengatur saf didlm solat berjemaah. Sekiranya wanita dilarang utk ke masjid, apakah gunanya Nabi s.a.w. mmberikan petunjuk mengenai saf wanita tersebut?
Sekiranya, wanita ke masjid dibimbangi berlaku fitnah, kenapakah dlm ms yg sama wanita dibenarkn utk ke pejabat, pasaraya, pasar mlm, taman2, hospital, pusat pengajian dn sebagainya. Apakah tempat2 tersebut tidak ada fitnah sebagaimana kononnya berlaku di masjid?
Dn berikut adalah hukum dan batas2 yg wajib dipelihara sekiranya seseorang wanita itu ingin ke masjid/surau :-
~ Hukum harus bg yg tua.
~ Hukum makhruh bg yg muda.
~ Mengikut pndapat ulamak yg mutakhir (terkini) makhruh jemaah wanita dimasjid, termasuk; solat jumaat, sunat Hari Raya dan ceramah mlm hari dimasjid.
~ Ulama Shafie & Hambali pula berkata;
"Wanita yg cantik (ada rupa) makhruh hadir pd majlis yg ada (jemaah) ramai lelaki".
~ Tidak memakai bau-bauan dn mndpt izin suami.
~ Dibimbangi timbul fitnah; ( maka; peliharalah aurat).
Perjalanan utk menuntut ilmu atau bersolat jemaah adalah suatu perkara yg amat baik disisi Allah, namun masih ramai muslimat yg tidak mnjaga batas aurat spt yg dituntut oleh syarak.. perkara ini boleh mndatangkn fitnah buat mereka.
Kesimpulannya, wanita seharusnya dibenarkn ke masjid sekiranya mereka berkeinginan dgn syarat mereka mnjaga batasan syarak dn dgn niat yg ikhlas krn Allah SWT.
Notes : Sekiranya terdapat kesilapan sila betulkn/berikan tunjuk ajar, krn tiap kelalaian dn kesilapan itu dr sy dn yg baik itu semuanya milik Allah.
Sama2lah kita renungkn dn saling berkongsi ilmu utk kebaikan. - wallahu'alam
PeRhiAsAn BaGi LeLaKi
- Kaum lelaki HARAM memakai GELANG sekalipun bukan diperbuat daripada emas, sama ada ianya diperbuat daripada perak, besi, tembaga, kayu atau sebagainya. Ini kerana gelang itu adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan, seperti juga rantai atau subang.
Oleh yang demikian lelaki yang memakai gelang itu adalah perbuatan menyerupai perempuan. Hukum lelaki menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
sebagaimana hadits daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, katanya:
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Hadits di atas jelas menunjukkan bahawa Rasullullah Shallallahu àlaihi wasallam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
Berdasarkan hadits tersebut, Imam Ibnu Hajar al-Haitami
Rahimahullah berkata: “Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan antaranya ialah) dengan memakai perhiasan
yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka seperti memakai gelang tangan, gelang kaki dan seumpama keduanya.”
Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata: : “Dan daripada apa yang haram ialah gelang tangan dan gelang kaki untuk dipakai oleh orang lelaki dan orang khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina).”
Maka jelaslah bahawa kaum lelaki haram memakai gelang kerana ia adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan. Akan tetapi, bagaimana pula dalam situasi tertentu seperti memakai gelang ketika majlis perkahwinan atau memakainya kerana tujuan perubatan?
sepertimana yang dikatakan oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al-
Anshari Rahimahullahu Ta‘ala: “Dan bagi kaum lelaki (dibolehkan) memakai cincin perak kerana mengikut sunnah dan ijma‘ (keharusannya), bahkan disunatkan bagi kaum lelaki (memakai cincin perak), bukan memakai gelang dan yang seumpamannya seperti dumluj (gelang yang dipakai di antara siku dengan bahu) dan kalung (rantai).
Tidak halal bagi kaum lelaki (memakainya) sekalipun daripada perak, kerana padanya ciri kewanitaan yang tidak layak dengan keperkasaan (kelakian) orang-orang lelaki.”
Oleh itu jelaslah memakai gelang ketika majlis persandingan juga tidak dibolehkan dan hukumnya haram. Lelaki memakai gelang kerana tujuan perubatan Adapun memakai gelang dengan tujuan semata-mata berubat dan ia memang betul-betul ubat, maka tiadalah mengapa kerana ada keperluan dan hajat. Dalam perkara ini, ia boleh dilihat sebagai satu keuzuran sebagaimana persoalan orang lelaki dibolehkan memakai inai kerana keuzuran.
Sehubungan dengan ini Imam ar-Ramli Rahimahullah berkata:
“Maka haram berinai ke atas keduanya (orang lelaki dan khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina) kecuali kerana ada keuzuran.”
Imam Asy-Syibramalissi Rahimahullah pula menjelaskan, skop pengecualian yang dikatakan oleh imam Ramli Rahimahullah di atas ialah apabila tidak ada selain inai yang dapat menggantikannya untuk dijadikan ubat.
Apa yang penting ialah hendaklah memakai gelang itu dengan niat tujuan perubatan semata-mata dan ia memang betul-betul ubat, bukan dengan niat untuk bermegah-megah atau bergaya, maka yang demikian itu adalah haram. Apatah lagi dengan niat untuk bergaya semata-mata.
Notes : Sekiranya terdapat kesilapan sila betulkn/berikan tunjuk ajar, krn tiap kelalaian dn kesilapan itu dr sy dn yg baik itu semuanya milik Allah.
Sama2lah kita renungkn dn saling berkongsi ilmu utk kebaikan. - wallahu'alam.
HuKuM mEnCuKuR bUlU kEnInG,bUlU kAKi,BuLu RoMa BaGi KaUm PeReMpUaN
HUKUM MENCUKUR BULU KENING,BULU KAKI DAN BULU ROMA BAGI KAUM WANITA
Menghilangkan bulu alis (Bulu Kening ) termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo termasuk salah satu dosa besar,kerana Rasulullah S.A.W bersabda :
“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah.”
Ertinya : “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis (Bulu Kening) dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” [Hadith Riwayat Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124]
Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadith tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut.
Mencukur bulu kaki dan bulu roma bagi kaum wanita juga dilarang sebagai mana di dalam hadits berikut,Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits :
“ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yang minta ditatoo , tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yang minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta dilaknat juga wanita-wanita yang cuba mengubah ciptaan Allah “ [Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh,Al-Imam Muslim rh,Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at-Tobrani rh.]
“ Tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang diminta dicukur kening-kening mereka “ di dalam hadith tersebut merangkumi juga wanita-wanita yang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma mereka .
Kaum wanita yang benar-benar mahu menjadi orang-orang yang beriman kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w mestilah berusaha menjauhi segala gejala-tarikan yang dilakukan oleh kaum Barat yang cuba menyesatkan umat Islam.Tidak sedikit drp kaum wanita Islam yang terpedaya dengan kaum Barat hasil iklan-iklan yang ditayangkan di media-massa .
Oleh itu,wajib bagi kaum lelaki dan wanita beriman mengetahui apakah perkara yang dibenarkan dan apa pula yang dilarang daripada melakukannya.Wanita-wanita beriman dilarang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma kerana ianya adalah merupakan salah-satu cubaan mengubah ciptaan Allah Ta’ala dan kerana ianya juga dilarang di dalam hadist di atas .
Namun,bagi kaum wanita yang mempunyai hormon yang kuat sehingga menyebabkan banyak bulu yang tumbuh di sekitar bahagia muka,tangan dan kaki dan menyebabkan seseorang wanita itu malu dan rendah diri kerana ianya merupakan perkara yang tidak normal,maka di saat itu TIDAK MENGAPA jika dilakukan proses menghilangkan dan mencukur bulu-bulu tersebut . Dan ini tidak dianggap mengubah ciptaan Allah Ta’ala bahkan ialah termasuk di dalam bab berubat dan mendapatkan rawatan .
HARUS dicukur jika bulu kaki wanita itu lebat dan banyak sehingga menyerupai kaum lelaki . HARUS dicukur bulu romanya jika ianya tumbuh secara tidak normal dan memalukan wanita itu dan HARUS pula digunting sedikit kening dan di betulkan jika kening yang tumbuh itu panjang dan menyebabkan wanita itu merasa rendah diri .
Adapun jika seseorang wanita itu “ saja-saja “ mencukur bulu kaki dan bulu roma serta kening mereka tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak dan tanpa sebab untuk merawat ( setelah disahkan oleh doktor yang amanah bahawa itu adalah penyakit ) maka di saat itu TIDAK ADA SEBAB UNTUK WANITA ITU MENCUKUR BULU-BULU ROMA DAN BULU-BULU KAKINYA.
Menghilangkan bulu alis (Bulu Kening ) termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo termasuk salah satu dosa besar,kerana Rasulullah S.A.W bersabda :
“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah.”
Ertinya : “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis (Bulu Kening) dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” [Hadith Riwayat Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124]
Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadith tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut.
Mencukur bulu kaki dan bulu roma bagi kaum wanita juga dilarang sebagai mana di dalam hadits berikut,Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits :
“ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yang minta ditatoo , tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yang minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta dilaknat juga wanita-wanita yang cuba mengubah ciptaan Allah “ [Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh,Al-Imam Muslim rh,Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at-Tobrani rh.]
“ Tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang diminta dicukur kening-kening mereka “ di dalam hadith tersebut merangkumi juga wanita-wanita yang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma mereka .
Kaum wanita yang benar-benar mahu menjadi orang-orang yang beriman kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w mestilah berusaha menjauhi segala gejala-tarikan yang dilakukan oleh kaum Barat yang cuba menyesatkan umat Islam.Tidak sedikit drp kaum wanita Islam yang terpedaya dengan kaum Barat hasil iklan-iklan yang ditayangkan di media-massa .
Oleh itu,wajib bagi kaum lelaki dan wanita beriman mengetahui apakah perkara yang dibenarkan dan apa pula yang dilarang daripada melakukannya.Wanita-wanita