07 October 2011

KeNiKmAtAn

Bacalah Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar 33 kali l Penawar Keletihan:
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. ini kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan),
Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
~uns~

25 September 2011

PeTuA

TOMATO
-MELICINKAN KULIT MUKA
-Kisarkan 2 biji tomato,gula dan air.Tapiskan dan minum setiap pagi,lakukan
 selalu sehingga kulit kelihatan licin











MINYAK ZAITUN
-PANJANGKAN BULU MATA,KUAT DAN SIHAT

-Sapukan minyak zaitun pada bulu mata,agar kuat dan sihat lakukan pada waktu
 malam dan bersihkan keesokkan pagi















DAUN TEH
-PENYERI MUKA

-Cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang telah di rendam,sapukan daun teh di
 muka biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.








ASAM GELUGUR
-ATASI TUMIT PECAH DAN MEREKAH

-Beberapa keping asam gelugur masukkan dalam baldi berisi air suam.Rendam kaki anda
 selama setengah jam lakukan setiap hari











BUAH MENGKUDU
-KAKI BERSISIK

-Gosokkan buah mengkudu pada kaki,biarkan selama 15 minit.Kemudian bersihkan.
 Lakukan 2 kali dalam seminggu.















BULU JAGUNG
-KAKI BENGKAK

-Rebus segengam bulu jagung bersama sedikit air,biarkan sehingga menjadi 1 gelas.
 Kemudian tapis dan minum setiap pagi.Minum sampai kaki hilang membengkak.












EPAL
-KULIT MUKA BERMINYAK

-Parut buah epal hingga halus,kemudian sapukan pada kulit muka,biarkan selama
 15 minit.Kemudian cuci dengan air suam.Lakukan 3 kali seminggu.














MADU
-MELEMBAPKAN KULIT MUKA

-Bersihkan muka dengan air suam,panaskan madu hingga menjadi suam2 kuku
 Sapukan madu pada muka dan urut perlahan2.Biarkan selama setengah jam dan bilas.
 Lakukan 3 kali seminggu.














HALIA 
-HILANGKAN PANAU

-Gosokkan halia pada kulit yang berpanau,biarkan seketika.Kemudian bilas dengan air 
 biasa.Lakukan 3 kali sehari.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...