Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran. Sabda Nabi s.a.w.,
"Apabila hari sudah senja, tahanlah anak-anak kamu (keluar rumah) kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika itu. Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam, maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak sanggup membuka pintu yang dikunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bekasmu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya..."
(Riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a.)
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Waktu Asar
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah. Jangan lupa, tenaga pada waktu Asar amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
~uns~
Showing posts with label KeNiKmAtAn. Show all posts
Showing posts with label KeNiKmAtAn. Show all posts
07 October 2011
Tips Untuk Hidup Ceria:
Setiap manusia tidak dilahirkan untuk berdukacita, sengsara dan derita. Kebahagiaan sebenarnya milik kita semua. Dan bagaimana kita menterjemahkan kebahagiaan adalah mengikut pilihan yang kita setkan dalam minda. Kalian berhak untuk memilih untuk bersedih atau bergembira.
1. Hidup Bukan Sempurna
Kita semua tahu bahawa kehidupan kita bukan selalunya gembira sentiasa, ada kalanya ia membuatkan kita sedih, kecewa dan hampa. Apa yang perlu kalian lakukan adalah menerima semuanya dari sudut positif. Simpan dalam minda kalian bahawa sesuatu yang pahit itu ada penawarnya Percayalah bahawa ada manusia lain di luar sana yang lebih 100 kali menderita daripada kita.
2. Jangan Berdendam
Dendam adalah penyebab utama yang menghalang kalian untuk hidup gembira. Tidak kira dengan siapa kalian berdendam kalian perlu membuangnya. Kebanyakkan daripada kita meletakkan peristiwa pahit yang kita alami disebabkan orang kedua dan sering menyalahkan orang lain yang menyebabkan kalian tidak bahagia. Menjadi pendendam menyebabkan kalian kehilangan tenaga positif dan memudahkan orang lain mengunakan kelemahan ini untuk menjatuhkan kalian.
3. Mencintai dan menghargai
Luahkan perasaan cinta, menghargai persahabatan, menceriakan dan menghangatkan suasana dalam hubungan sesama manusia. Ringankan lidah kalian tu untuk mengucapkan kata-kata penghargaan dan pujian kepada setiap orang disekeliling kalian. Dengan bertindak sedemikian, kalian akan memperolehi respon yang positif daripada setiap orang yang pernah kalian hargai dan puji sebagai balasan.
4. Bekerja dengan gembira.
Kalian menghabiskan banyak masa untuk bekerja, oleh itu pastikan kalian melakukan sesuatu yang kalian gembira lakukannya. Jika kalian tidak gembira dengan kerja kalian sekarang, kehidupan kalian pasti sengsara. Jika kerja tersebut bukan dalam bidang kerjaya yang kalian minati, buat satu perancangan yang perlu supaya kalian dapat menikmati kerja yang mengembirakan.
5. Jaga Kesihatan
Jika kalian inginkan kebahagiaan maka kalian perlu menghargai diri sendiri. Kesihatan diri adalah senjata kepada kesihatan mental. Pastikan kalian sentiasa berada pada mengamalkan makanan seimbang dan melakukan senaman. Dengan demikian kalian akan dapat merasakan satu kekuatan yang penuh dengan tenaga dan semangat untuk menjalani kehidupan dengan lebih gembira.
6. Buat perkara yang kalian benar-benar ingin lakukan.
Kita tidak dapat buat semua perkara yang kita inginkan namun kita boleh melakukan sekurang-kurangnya beberapa perkara yang kita inginkan dalam hidup. Lakukan sesuatu yang kalian benar-benar ingin lakukan dan berusaha mencapainya agar kalian memperolehi kepuasan dan merasai kejayaannya.
7. Rancang Hidup dengan Baik
Orang yang mempunyai perancangan dan objektif dalam hidup lebih bahagia daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan hidup. Mudah sahaja kerana jawapannya, mereka ini lebih menghargai setiap masa yang mereka gunakan untuk mencapai setiap matlamat yang mereka rancang.