10 October 2011

DIA sENtiAsA D HaTi

KETIKA HATI INI MENANGIS....

Tuhanku….
ketika hati menangis, hanya kau saja yg tahu

Tuhanku….

Ketika mereka meninggalkan aku sendiri

Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku

PadaMu tempatku menagih kasih

Ketenangan kurasa mendekatiMu

Syahdu malam tak terasa sunyi

Tuhanku….

Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan

Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajarku erti kematangan

Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan

Pada mereka yang pernah melupakanku

Tuhanku….

Ketika aku buntu

Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan

Kau tak biarkan aku sendirian

Tuhanku….

Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira

Syukurku melangit pun tak tercapai

Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai

Semoga penyesalanku Kau terima....

THANK YOU ALLAH FOR THE BLESSINGS YOU HAVE GIVEN....



0 KoRaNg TaHu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...